Home Kesihatan & Kecantikkan Senaman Ringkas Pun Boleh Kurus?

Senaman Ringkas Pun Boleh Kurus?

Advertisement
FB42

Senaman ialah aktiviti fizikal yang lebih tinggi intensifnya daripada aktiviti harian. Tujuan senaman adalah untuk mendapat manfaat kesihatan baik dari segi fizikal dan juga mental. Setiap orang mesti mempunyai senaman yang seronok mereka lakukan. Antaranya ialah berjalan, berlari, mendaki, mengikuti kelas kecerdasan atau menggunakan mesin larian treadmill.

Ada sesetengah pendapat mengatakan, jika ingin kurus kena amalkan senaman intensif ini selalu. Tapi ada juga pendapat lain mengatakan bahawa, senaman ringkas pun boleh kurus. Apa kata kita kupas tentang senaman ringkas ini. Adakah ia betul-betul berkesan untuk kurus?

Senaman ringkas ialah senaman secara santai tapi melibatkan pergerakan otot sehingga mengeluarkan peluh. Ia tidak dilakukan secara intensif dan setiap hari tetapi mengikut masa lapang seseorang. Apa yang pasti ia bukan senaman yang memaksa dan terpaksa.

Bagi anda yang tiada masa untuk melakukan senaman secara intensif boleh cuba tips senaman ringkas ini untuk kekal cerdas dan paling penting kurus seperti yang diidamkan. Senamannya amat mudah dan semua orang boleh lakukannya.

Bukan setiap hari

Memilih masa yang sesuai mengikut kelapangan. Contohnya hanya 3-4 kali seminggu, bukan setiap hari. Yang penting dalam seminggu kita membuat senaman paling tidak pun turun naik tangga ditempat kerja.

Tempat bersenam

Sesetengah orang bila sudah berbadan gempal, akan malu untuk bersenam ditempat umum yang mana ramai orang mengenalinya. Berjalan mengelilingi kawasan perumahan kita sudah cukup memadai.

Senaman paling ringkas

Cuma berjalan selama 15-30 minit setiap kali membuat senaman. Berjalan mengikut keselesaan kaki kita melangkah dan menikmatinya.

Bukan senaman yang mampu bakar kalori

Tidak hanya senaman yang boleh membakar kalori tetapi melakukan kerja rumah seperti menyapu sampah, membersih kawasan rumah, memasak dan pelbagai aktiviti fizikal lagi yang mampu membakar kalori.

Aktiviti senaman secara ringkas ini, boleh dilakukan di mana sahaja mengikut kelapangan. Pokok pangkalnya kita hendaklah sentiasa berusaha untuk melakukan aktiviti fizikal supaya sentiasa aktif. Badan sihat, jiwa tenang. 

Advertisement
FB42

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here