Home Kesihatan & Kecantikkan 5 Tips Kurus Secara Sihat

5 Tips Kurus Secara Sihat

Advertisement
FB42

Sekarang ini semakin ramai yang ingin kurus, tetapi mereka tidak mengamal kaedah kurus secara sihat. Ada yang mengamalkan diet ikut suka hati tanpa mengikut panduan yang betul untuk kurus secara  sihat. Walaupun panduan yang disyorkan nampak remeh tetapi ramai yang merasai sendiri keberkesanannya.

Apa kata anda cuba beberapa tips yang di cadangkan ini. Moga-moga ianya dapat membantu anda untuk mendapat bentuk badan ideal walaupun tidak 100% kurus tetapi secara tidak langsung dapat menyihatkan tubuh dan mencerdaskan otak.

Saiz hidangan

Mengawal saiz hidangan makanan dapat mengurangkan pengambilan kalori. Ini adalah kaedah terbaik untuk mengurangkan berat. Anda boleh cuba amalkan diet suku-suku separuh. Ini adalah salah satu cara yang harus diikuti bagi anda yang sukar untuk mengawal selera makan yang membuak-buak. Kurangkan nasi dan lebihkan sayur serta lauk.

Makan ikut waktu

Melewatkan waktu makan bukan cara terbaik untuk kurus. Ia hanya akan mengurangkan metabolisme badan dan cenderung buatkan anda makan lebih banyak selepas itu.Makan lewat boleh memudaratkan kesihatan terutama mereka yang menghidap gastrik. Waktu wajib kita makan ialah sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. 

Bersarapan

Kita hendaklah mengambil hidangan sarapan pagi yang lengkap. Gabungan protein dan karbohidrat berserat tinggi adalah yang terbaik untuk buatkan anda kenyang lebih lama. 

Kuantiti tidur

Untuk kelihatan langsing, anda perlu dapatkan waktu tidur secukupnya. Individu tidur kurang 8 jam, sering dikaitkan dengan nilai BMI tinggi. Ini berlaku kerana hormon mengawal selera makan terganggu. Tidur yang cukup juga penting dalam mengawal berat badan. 

Fokus

Sewaktu makan, fokus pada jenis dan jumlah makanan kita diambil. Elakkan daripada makan sambil menonton televisyen, laptop atau sebarang gajet supaya kita menikmati hidangan makanan sebaiknya tanpa ada gangguan.

Semoga anda mendapat manfaat dan panduan dari Tips Kurus Secara Sihat seperti yang di cadangkan. Kekal cergas dan bertenaga sepanjang hari dengan amalan kurus secara sihat tanpa masalah kesihatan.

Advertisement
FB42