Home Kaki Diet Plan diet yang sesuai mengikut berat badan

Plan diet yang sesuai mengikut berat badan

Advertisement
FB42

Diet pemakanan bukan sahaja elok buat mreka yang ingin menguruskan badan, malah yang sedia ada kurus pun perlu ada diet pemakanan yang betul dan seimbang. Kurus tidak semestinya sihat, begitu jugalah sekiranya badan kita berlebihan lemak. 

Perlunya mmpunyai plan diet yang sesuai, tidak kira samada kita kurus atau berisi. Ini bagi  memastikan kesihatan kita sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Kesihatan yang baik turut memberikan kesan kepada emosi juga. 

Plan diet untuk yang kurus dan yang gemuk adalah berlainan. Tidak boleh sama. Ini kerana keperluan kalori  badan masing-masing adalah sangat berbeza. Bagi memastikan plan diet kita adalah betul, kita wajib mengambil tahu tentang pengambilan jumlah kalori yang diperlukan oleh badan. 

Plan diet untuk mereka yang berbadan kurus

Pilih makanan yang berzat tinggi

Makanan berzat tinggi seperti daging merah mempunyai rendah lemak, daging ayam tanpa kulit dan keju boleh ditambah dalam diet pemakanan anda. Jenis makanan ini sangat membantu menambahkan berat badan. 

Tambah kalori yang sihat

Avokado, susu penuh krim, telur, kekacang atau gandum antara makanan yang berkalori tinggi dan sihat yang boleh ditambah dalam menu makanan harian  tanpa ragu-ragu. Pengambilan makanan ini secara konsisten akan membantu anda mendapat berat badan yang ideal dan tidak terlalu kurus. 

Plan diet untuk mereka yang berlebihan berat badan

Makanan yang tinggi karbohidrat, lemak dan garam sangat tidak bagus untuk anda. Jadi pengambilan makanan jenis ini sangat digalakkan untuk dikurangkan. Jika tetap diambil secara berlebihan, mungkin akan membuatkan berat badan anda akan semakin meningkat. 

Makanan berserat tinggi sangat bagus buat anda. Ia menjadikan sistem penghadaman anda lawas sekaligus membantu dalam proses pembuangan lemak dan toksin yang mengakibatkan anda mempunyai berat badan berlebihan. 

Persamaan yang mungkin ada dalam plan diet untuk mereka yang berbadan kurus dan berlebihan berat badan adalah dengan adanya jadual pemakanan yang tetap. Jadual pemakanan yang tetap sangat bagus diamalkan dan membuatkan anda menjadi lebih disiplin serta makan dengan lebih teratur. 

Advertisement
FB42

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here