Home Kaki Diet Nak berat badan Ideal tanpa perlu berlapar? Ini petuanya.

Nak berat badan Ideal tanpa perlu berlapar? Ini petuanya.

[cipher] @ Flickr
Advertisement
FB42

Kebanyakan dari kita sangat suka makan tetapi selalu mengidamkan berat badan yang ideal. Tanpa kita sedari, jika tidak terkawal kesukaan kita terhadap makanan boleh menyebabkan berat badan kita berlebihan dan menjadi obes. Seramnya! 

Jadi bagaimana nak kekalkan berat badan ideal tanpa perlu berlapar? ada ke cara tertentu untuk tujuan ini? jom baca petua yang kami kongsikan ini. 

Petua kekalkan berat badan ideal tanpa perlu berlapar

Jangan skip makan pagi 

Ya. Makan pagi atau sarapan sangat penting. Untuk memulakan hari dengan energi yang positif dan ceria, kita wajib untuk ambil sarapan. Barulah kita dapat menikmati kehidupan dengan lebih gembira. 

 Pengambilan sarapan membekalkan kita tenaga sebanyak 25 peratus di waktu pagi. Baru kita enjoy nak buat kerja, belajar dan sebagainya. Kalau kita skip sarapan, mesti otak  menghantar isyarat kepada perut supaya meragam. Jadi, tidak dapat fokus kepada kerja. 

Lagi satu, pengambilan sarapan akan mengurangkan kita untuk makan berlebihan sewaktu lunch. Ikut jadual pemakanan. Baru la berat kekal ideal. Betul tak? 

Jangan makan karbohidrat waktu malam

Karbohidrat sangat lambat tercerna dan terurai untuk menjadi gula dan tenaga di dalam badan. Oleh sebab itu, anda tidak digalakkan untuk mengambil makan yang berkarbohidrat di waktu malam. 

Makanan karbohidrat sepatutnya di ambil secukupnya di waktu siang sahaja kerana kita memerlukan tenaga yang mencukupi untuk aktiviti harian. Jadi pada waktu malam, seeloknya kita elakkan dari mengambil makanan karbohidrat. Hanya ambil makanan yang tinggi serat pun sudah cukup. Contohnya seperti oat dan nestum atau buahan-buahan. 

Ingat! waktu malam adalah waktu kita untuk berehat dan tidak memerlukan tenaga yang banyak. Jadi, jangan makanan yang berat.

Ambil makanan tinggi serat

Makanan yang tinggi serat sangat penting untuk tubuh badan kita. Ini kerana ia dapat mencegah sembelit, menjaga kestabilan gula dalam darah, mengurangkan risiko kegemukan, menurunkan kadar kolesterol dan membantu mengekalkan berat badan ideal. 

Banyak lagi makanan berserat lain yang boleh digantikan jika kita tidak gemar dengan sayuran. Contohnya makanan yang terdiri dari kekacang dan buah-buahan. 

Kami jamin anda tidak perlu takut lagi untuk makan. Tidak perlu seksa perut dengan berlapar semata ingin kekalkan berat badan ideal.  

Advertisement
FB42

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here