Home Kesihatan & Kecantikkan Tips Untuk Senaman Yang Konsisten

Tips Untuk Senaman Yang Konsisten

Advertisement
FB42

Bersenam bukan sahaja memastikan anda kekal cergas, bahkan membantu hidup lebih sihat dan aktif. Ingin konsisten bersenam, agak sukar. Bagi mendapatkan rentak sebagai permulaan dalam aktiviti senaman, anda mestilah melawan perasaan tersebut.

Tetapkan matlamat

Pelbagai matlamat boleh anda tetapkan bagi mencapai matlamat tersebut, seperti bersenam untuk badan yang sihat, menurunkan berat badan ke tahap ideal atau membina otot. Jika kita tidak melihat hasil senaman tersebut dengan cepat atau matlamat tidak dapat dicapai, lebih senang untuk berputus asa. Matlamat yang senang dicapai menjadikan anda lebih fokus untuk bersenam jadi tetapkan matlamat anda bersama tempoh yang bersesuaian.

Bersenam bersama

Bersenam lebih menyeronokkan jika dilakukan bersama rakan atau pasangan. Anda akan mendapat sokongan moral, lebih bermotivasi dan akan terus berusaha untuk mencapai matlamat. Anda juga boleh mewujudkan persaingan yang sihat.

Pilih senaman yang menyeronokkan

Pilihan senaman juga tidak harus terhad kepada satu jenis sahaja. Pelbagaikan jenis senaman atau cara mengeluarkan peluh yang menyeronokkan seperti zumba dan menari yang bukan sahaja mampu membakar kalori, anda juga pasti tidak bosan. Anda lebih menikmati waktu bersenam dengan pilihan lagu yang menarik semasa bersenam.

Bina rutin sihat

Badan kita lebih berdisiplin jika mempunyai rutin yang tetap. Cuba bina rutin yang bersesuaian dengan waktu anda seperti waktu khusus untuk bersenam. Selain itu, mulakan hari anda dengan perkara yang sihat seperti menikmati sarapan pagi yang menyihatkan serta melakukan aktiviti yang     produktif.

Pilih senaman ringkas dan singkat

Bersenam terlalu lama kemungkinan membuatkan anda penat dan bosan. Dengan memilih senaman yang ringkas dan melakukan senaman dalam waktu yang singkat dapat menjimatkan masa. Senaman seperti High-Intensity Interval Training (HIIT) mampu membakar kalori dengan efektif tanpa mengambil masa yang lama.

Walau apa pun halangan yang datang, satu-satunya cara untuk anda konsisten dalam senaman adalah dengan menjaga jadual senaman. Pastikan anda sudah bermula, dan jangan pernah berhenti bersenam. Setiap  langkah pasti memberikan manfaat kepada anda.

Advertisement
FB42

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here