Home Kesihatan & Kecantikkan 9 Panduan Diet Untuk Ibu Menyusu 

9 Panduan Diet Untuk Ibu Menyusu 

Advertisement
FB42

Agak mencabar juga kepada ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, dalam masa sama ingin mengamalkan diet untuk menurunkan berat badan. Ibu yang sedang menyusukan anak perlu menjaga pemakanan bukan untuk anak mereka sahaja, bahkan demi kesihatan ibu-ibu yang menyusukan anak juga. Bagi memastikan anak yang menyusu menerima nutrien yang secukupnya. Ibu yang menyusukan akan sentiasa berasa lapar. Jadi, bagaimana ibu-ibu yang menyusukan anak ini hendak mengamalkan diet, tidak berasa lapar dan dalam masa yang sama memastikan anak yang menyusu mendapat nutrien dari susu ibu? 

Diet untuk Ibu Menyusu

Kebanyakan ubat kurus di pasaran biasanya tidak boleh diamalkan oleh ibu-ibu yang sedang menyusukan anak kerana dikhuatiri akan memudaratkan anak tersebut. Makanya, bagaimana ibu-ibu yang menyusukan anak ini ingin kekal kurus? Adakah cara berkesan, untuk ibu-ibu yang menyusukan anak untuk berdiet dan kekal kurus? Ibu-ibu perlu jaga pemakanan supaya anak-anak kenyang apabila menyusu. 

Berikut merupakan tips berdiet yang boleh diamalkan oleh ibu-ibu yang menyusukan anak :

#1 Banyakkan minum air suam 3-4 liter sehari. Minum lebih banyak lagi bagus. Production susu ibu akan menjadi meriah. Sebaiknya ibu-ibu menyusu ini menukar minuman daripada air manis kepada air suam. 

#2 Ibu-ibu menyusu boleh amalkan intermittent fasting bagi mempercepatkan proses penurunan berat badan. 

#3 Jika lapar, boleh snacking dengan mengamalkan buah-buahan seperti buah naga. 

#4 Lebihkan makan sayuran hijau dalam pemakanan bagi meningkatkan kalsium dalam badan.

#5 Makan makanan yang lebih karbo seperti roti wholemeal dan beras perang yang membantu mempercepatkan proses untuk kurus. 

#6 Ibu-ibu menyusu boleh bersenam tetapi sebaiknya mulakan secara aktif apabila anak sudah berusia 2 bulan ke atas.

#7 Ibu-ibu juga perlu jaga waktu tidur. Ibu-ibu perlulah mendapatkan tidur yang secukupnya dan tidak stress.

#8 Kerap menyusukan anak. Pembakaran kalori juga berlaku apabila ibu-ibu kerap menyusukan anak.

#9 Makan makanan yang mampu menjadikan kenyang lama seperti protein dan serat.

Dengan adanya 9 panduan berdiet bagi ibu menyusu ini, di harapkan membantu ibu menyusukan anak di luar sana. Selamat mencuba.

Advertisement
FB42