Home Kesihatan & Kecantikkan Kurus vs Obesiti

Kurus vs Obesiti

Advertisement
FB42

Seiring dengan peredaran zaman, banyak perubahan yang berlaku pada manusia. Ada yang ingin sentiasa kelihatan kurus dan ada pula yang lebih suka berbadan gempal. Tidak kurang pula ada yang mengatakan gemuk itu comel dan menggoda. Walau apa pun tanggapan anda, kita mesti melihat kebaikan dan keburukan kedua-dua keadaan ini.

Kurus bermaksud kurang berdaging (tubuh dan lain-lain), tidak gemuk atau gempal. Memang inilah yang diingini oleh setiap insan dalam kehidupan mereka.  Badan yang kurus memang cantik dipandang. Akan tetapi, disebalik kurus itu anda perlu tahu sama ada seseorang itu kurus secara sihat atau sebaliknya.

Kemungkinan besar. seseorang itu kurus kerana bulimia dimana mereka mengeluarkan semula makanan yang di makan dengan cara memuntahkan atau membuang air besar. Cara sedemikian tidak elok diamalkan kerana boleh menyebabkan badan kekurangan nutrisi dan mungkin akan memudaratkan kesihatan yang berpanjangan.

Perkataan gemuk memang agak sensitif dikalangan wanita tetapi ada sesetengah pula suka bila berbadan gempal. Sebelum kita mengatakan gemuk itu comel dan menggoda, apa kata kita kaji sisi gelap bila kita berbadan gemuk atau obesiti.  

Perkara pertama yang kita perlu fikirkan ialah tentang kesihatan. Bila kita bertubuh gempal pelbagai penyakit akan singgah pada tubuh kita. Antaranya ialah penyakit kencing manis, darah tinggi, masalah pernafasan, masalah sendi dan tulang serta pelbagai lagi. Jika anda tidak mengambil langkah awal untuk menurunkan berat badan, penyakit ini mungkin berlarutan sehingga ke usia tua.

Selain dari masalah kesihatan, mereka yang berbadan gempal mungkin akan mengalami masalah emosi. Ini berlaku kerana mereka mungkin akan disisihkan dan diejek oleh kawan-kawan terdekat. Secara tidak langsung anda akan terasa rendah diri, tiada keyakinan berdepan dengan orang ramai dan paling sadis anda mungkin mengalami kemurungan.

Oleh yang demikian, setiap yang kita impikan kurus mahupun gemuk tidak semuanya manis belaka pasti ada sedikit pahit yang menanti. Apa yang penting kesihatan fizikal dan mental perlu diutamakan terlebih dahulu sebelum bertindak.

Advertisement
FB42