Home Kesihatan & Kecantikkan Ini 6 senaman untuk awak, si Overweight!

Ini 6 senaman untuk awak, si Overweight!

Advertisement
FB42

Berlebihan berat badan atau overweight bukanlah alasan untuk tidak bersenam. Malahan, golongan ini  paling digalakkan  untuk melakukan senaman secara berkala. Bukan sahaja untuk kesihatan, ia juga memastikan badan sentiasa cergas dan aktif. 

Apabila badan cergas dan aktif,  tentulah segala aktiviti harian seperti solat atau berjalan kaki jarak jauh tidak menimbulkan sebarang masalah. Kehidupan pasti lebih positif dan ceria. 

Bagaimana senaman bersesuaian buat mereka yang berlebihan berat badan? ada ke senaman yang mudah dilakukan? Kami kongsikan sebagai rujukan.

6 senaman mudah buat golongan ‘Overweight’ atau berlebihan berat badan

Senaman yang dicadangkan, tidak memerlukan anda melompat atau berlari. Sebaliknya, hanya perlu berdiri tegak dan merenggangkan sedikit kaki supaya dapat berdiri dengan stabil ketika melakukan senaman ini. Sangat mudah! 

Angkat tangan dan angkat tumit

Kedua-dua tangan di angkat tegak menghala ke atas serentak dengan mengangkat tumit kaki seolah-olah berdiri di hujung jari kaki – bengkokkan lutut dan hayun kedua-dua tangan ke bawah di sisi – ulangi langkah.

Potong kayu

Genggam kedua-dua tangan – hayunkan ke atas dan ke bawah di bahagian depan badan seolah-olah kita sedang memegang kapak untuk memotong kayu – ulang step

Genggam tangan dan pusing ke kiri dan kanan

Genggam kedua-dua tangan – hayunkan tangan ke kiri dan kanan berulang-ulang

Angkat lutut sentuh siku

Kedua-dua tangan di angkat ke atas searas bahu seolah-olah anda mengangkat besi angkat berat – Angkat lutut kanan dan sentuh dengaan siku kiri – angkat lutut kiri dan sentuh dengan siku kanan – buat berulang-ulang

Sesuai buat mereka yang mempunyai berat badan 80kg dan ke atas, serta yang baru berjinak-jinak untuk membuat senaman. 

Lakukan senaman ini sebanyak 3 set, sebagai permulaan untuk setiap jenis. Ulangi sebanyak  8 kali dalam tempo perlahan. Ia bertujuan supaya badan tidak terkejut dan rasa cepat letih. Bila dah serasi dengan badan, lakukan banyak kali dalam tempoh 30 minit sangat digalakkan. Ia mempercepatkan proses penurunan berat badan. Konsisten adalah kuncinya. 

Golongan ‘overweight’ bukan alasan untuk tidak bersenam ya? bahkan ada cara senam yang mudah untuk dipraktikkan. 

Advertisement
FB42

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here