Home Kesihatan & Kecantikkan 5 Senaman Efektif Untuk Kurus

5 Senaman Efektif Untuk Kurus

Advertisement
FB42

          Terdapat pelbagai senaman yang boleh di cuba bagi menurunkan berat badan. Ada jenis  senaman yang mengeluarkan lebih banyak peluh, senaman yang lebih aktif, senaman yang lebih membakar kalori dan pelbagai lagi. Jika anda mencari senaman yang efektif untuk membakar kalori serta mengeluarkan peluh, cuba beberapa senaman di bawah.

Lompat Tali boleh kurus

 

          Bukan semua senaman membakar kalori memerlukan anda mengangkat benda berat. Bahkan, menggunakan berat badan sendiri juga antara cara senaman yang boleh di cuba. Tahu tak, hanya dengan melompat tali mampu membakar lebih 600 kalori. Bukan itu sahaja, lompat tali juga membantu tulang lebih kuat serta  mencegah osteoporosis. Lompat tali jugak tidak memerlukan tempat yang khusus untuk dilakukan.

Aktiviti berlari jadi Kurus!

 

          Berlari sering menjadi pilihan mereka yang baru berjinak melakukan senaman. Jika anda baru memulakan senaman larian, pastikan anda tidak terlalu memaksa diri. Mulakan dengan larian ringkas dan tidak terlalu laju. Larian membantu menguatkan otot kaki dan memberikan impak besar kepada badan. Teknik larian yang betul juga mempengaruhi kualiti larian anda.

Naik Turun tangga

          400 hingga 700 kalori dapat dibakar dengan menaiki tangga. Hanya berjalan menaiki tangga sahaja, kalori tetap dapat dibakar. Otot dibahagian kaki dan pinggul lebih kuat kerana aktiviti ini tertumpu pada bahagian tersebut. Jika anda konsisten menaiki tangga setiap hari, bukan sahaja memberi manfaat kepada tubuh badan tetapi kepada kesihatan mental dan paru-paru juga.

Berenang

 

          Berenang antara senaman yang mempunyai impak rendah tetapi memberikan kesan kepada otot-otot utama. Oleh itu, berenang adalah cara yang bagus untuk menggerakan keseluruhan badan termasuk sistem kardiovaskular anda. Hati dan paru-paru menjadi lebih kuat dan mengurangkan risiko kematian.

Sukan Angkat Berat

 

          Angkat berat merupakan senaman bagi meningkatkan kekuatan dan juga kardiovaskular. Sambil mengangkat berat untuk membina otot dan membakar lemak, degupan jantung juga bertambah untuk membantu mencapai kecergasan optimum.

          Dengan 5 Senaman efektif untuk kurus, pasti membantu anda berpeluh dan secara tidak langsung mencapai misi dalam menurunkan berat badan. Walaupun, bersenam bukan salah satu perkara wajib untuk menurunkan berat badan tetapi pelbagai manfaat kesihatan dapat di perolehi.

Advertisement
FB42

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here