Home Kesihatan & Kecantikkan 5 Jenis Buah Untuk Turunkan Berat Badan

5 Jenis Buah Untuk Turunkan Berat Badan

Advertisement
FB42

Bukan mudah untuk mengurangkan berat badan, jika anda suka makanan manis. Apa kata gantikan makanan manis dengan buah-buhan yang mengandungi khasiat dan mampu membantu menurunkan berat badan. Buah-buahan bukan sahaja memuaskan keinginan anda kepada benda manis, bahkan ia membantu mengelakkan anda makan makanan yang tidak berkhasiat seperti makanan segera dan makanan ringan.

Limau Gedang turunkan berat badan

          Tahu tak, limau gedang rendah Indeks Glisemik (GI) ? indeks glisemik mampu mengukur berapa cepat makanan yang mengandungi karbohidrat meningkatkan paras gula dalam darah seseorang selepas makanan tersebut dimakan. Limau gedang juga tinggi dengan nutrisi, antioksidan dan serat yang bukan sahaja memberikan manfaat untuk kesihatan badan bahkan kesihatan kulit juga. Kajian juga menunjukkan buah ini juga mampu menurunkan berat badan serta mengurangkan risiko penyakit berkaitan hati.

Epal mengatasi masalah Obesiti

 

          Epal antara buah yang paling digemari untuk mereka yang sedang diet. Buah epal mengandungi antioksidan, pelbagai jenis vitamin, serat dan nutrisi lengkap yang dapat membantu mencegah pelbagai jenis masalah kesihatan. Berdasarkan kajian yang dijalankan pada tahun 2019, epal mengandungi bakteria yang membantu mereka yang mempunyai masalah obesiti.

Buah Beri menurunkan lemak di perut

          Buah beri mengandungi kadar air yang tinggi membantu kenyang lebih lama. Warna yang menarik dan rasa yang manis pasti membuatkan menu diet anda lebih menyeronokkan. Kajian

juga menunjukkan buah beri seperti raspberi dan beri biru membantu menurunkan lemak pada bahagian perut.

Buah Markisa sebagai nutrisi pelengkap untuk turunkan berat badan

 

          Buah markisa juga tinggi dengan serat dan kaya dengan nutrisi membantu menurunkan berat badan. Jadikan buah markisa sebagai snek harian anda,  ia membantu diet dan memberikan pelbagai jenis nutrisi yang diperlukan oleh badan.

Kiwi membakar lemak

Buah kiwi mengandungi 42 kalori dan 64mg vitamin C. Vitamin C juga membantu dalam penurunan berat badan melalui proses liposis iaitu proses membakar lemak kepada tenaga. Gantikan makanan tinggi kalori anda dengan kiwi sangat membantu untuk mengurangkan pengambilan kalori harian.

          Kajian juga menunjukkan pengambilan buah dapat membantu mencapai dan mengekalkan berat ideal. Setiap buah mempunyai kesan yang berbeza terhadap berat badan. Jadikan buah-buahan sebagai diet harian anda.

Advertisement
FB42

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here