Home Kesihatan & Kecantikkan Cara Meningkatkan Metabolisme Dalam Badan

Cara Meningkatkan Metabolisme Dalam Badan

Advertisement
FB42

Tahukah anda kadar metabolisme dalam badan mempengaruhi berat badan seseorang individu? Salah satu punca berat badan lambat turun adalah disebabkan kadar metabolisme badan anda adalah rendah. Manakala metabolisme yang tinggi dapat membakar kalori dalam badan anda dengan lebih pantas dan memudahkan proses penurunan berat badan dengan cepat. Kadar metabolisme badan setiap orang adalah berbeza. Apakah yang mempengaruhi kadar metabolisme dalam badan? Kenapa metabolisme anda rendah? Bagaimana ingin meningkatkan metabolisme anda? 

Kenapa Metabolisme Badan Rendah?

Pasti anda tertanya-tanya, sesetengah individu banyak makan tapi kurus je. Sedangkan anda jaga makan dan bersenam tetapi gagal untuk kurus. Ini adalah disebabkan oleh metabolisme badan anda rendah yang menyebabkan kemampuan badan membakar kalori sedikit. 

Antara sebab-sebab metabolisme badan rendah :

#1 Kurang minum air kosong

#2 Kurang pengambilan protein dalam diet seharian

#3 Stress

#4 Kurang tidur

#5 Tidak mengamalkan diet dengan betul

#6 Kurang aktif atau salah memilih waktu bersenam 

Tanda-tanda Metabolisme Badan Rendah

Bagaimana hendak mengenal pasti metabolisme anda rendah? Cuba anda periksa, adakah anda mengalami tanda-tanda ini? Tanda-tanda metabolisme rendah :

#1 Berat badan mudah naik

#2 Senang berasa sejuk

#3 Rambut mudah gugur

#4 Mudah berasa penat

Cara Meningkatkan Kadar Metabolisme Dalam Badan

Kepada anda yang metabolisme badannya rendah janganlah bersedih dan putus asa untuk menurunkan berat badan anda. Anda masih boleh mendapatkan berat badan yang ideal. Terdapat beberapa cara yang  boleh di lakukan untuk meningkatkan metabolisme dalam badan anda. Cara-cara untuk meningkatkan metabolisme badan :

#1 Meningkatkan pengambilan protein dalam diet seharian

#2 Minum teh hijau

#3 Tidur yang secukupnya. Anda tahu tak, tidur pon boleh membakar kalori seharian.

#4 Minum air kosong 8 gelas sehari. Amalkan juga minum air kosong setiap kali selepas bangun tidur iaitu sebelum anda mandi. Dikatakan jika anda amalkan minum air suam, berat anda lebih cepat turun berbanding air kosong pada suhu bilik. 

#5 Meningkatkan pengambilan vitamin D seperti ikan salmon

#6 Bersenam

Semoga semuanya terjawab dalam cara meningkatkan metabolisme dalam badan agar proses penurunan berat badan berjaya. 

Advertisement
FB42

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here