Home Kesihatan & Kecantikkan Aktiviti suri rumah mampu bakar Kalori!

Aktiviti suri rumah mampu bakar Kalori!

Advertisement
FB42

Sibuk dengan urusan seharian pasti membuatkan anda tiada masa untuk bersenam. Tahukah anda, dengan melakukan aktiviti sebagai suri rumah dapat membantu membakar kalori dengan berkesan? Seberapa banyak kalori yang dibakar bergantung kepada jenis kerja yang dilakukan dan berapa banyak anda lakukan.

Mengemop lantai

Mengeop lantai antara senaman yang sesuai untuk bahagian atas badan anda kerana anggota badan seperti tangan dan bahu memainkan peranan. Metabolisme dapat ditingkatkan dan otot lebih kuat. Bukan sahaja 156 kalori dapat dibakar, lantai rumah anda juga pasti licin berkilau.

Mencuci bilik air

Mencuci bilik air antara aktiviti yang memerlukan tenaga yang banyak. Semasa proses mencuci bilik air, masukkan beberapa pergerakan ringkas untuk mempercepatkan lagi proses pembakaran lemak seperti ‘lunges’ atau ‘squat’. Bukan sahaja kalori dibakar, bahkan  kadar denyutan jantung juga meningkat dan otot dapat bergerak.

Berkebun

Antara aktiviti yang mampu membakar lebih banyak kalori adalah berkebun. Bercucuk tanam membantu membakar lebih kurang 250 kalori. Bukan sahaja dapat menuai hasil dari tanaman anda, pergerakan yang banyak menghasilkan otot untuk bentuk badan yang ideal dan member manfaat kepada tubuh badan. Berkebun juga antara terapi untuk kesihatan mental.

Memasak

Memasak antara aktiviti yang banyak mengeluarkan peluh, tambahan lagi jika anda melakukan aktiviti memasak tanpa bantuan alat elektrik seperti mengadun roti dan memotong bahan-bahan masakan. Bukan sahaja memasak, mencuci pinggan juga membantu untuk membakar kalori. Sambil mencuci pekakas yang digunakan untuk memasak anda boleh membakar kalori yang baru ditambah selepas makan.

Mencuci pakaian

Banyak aktiviti bermanfaat yang boleh anda lakukan termasuk mencuci pakaian yang membantu membakar 148 kalori. Pembakaran kalori  tidak terhenti pada mencuci pakaian, bahkan termasuk menggosok, melipat serta menyimpan baju yang telah dicuci menambah lagi kalori yang      dapat dibakar.

Jadi, sila pastikan anda konsisten melakukan kerja rumah agar lebih banyak kalori dapat dibakar. Bukan sahaja menjimatkan masa, kerja rumah anda juga selesai.

Advertisement
FB42