Home Kesihatan & Kecantikkan Definisi Kurus Pada Pandangan Wanita

Definisi Kurus Pada Pandangan Wanita

Advertisement
FB42

Setiap wanita jika ditanya apa yang dimahukan dalam hidup, mestilah hidup yang sempurna termasuklah mempunyai tubuh badan yang kurus menawan. Bagi mereka, satu kekurangan dalam hidup jika bertubuh gempal.  Memang tidak di nafikan saya sendiri mahukan tubuh yang cantik dan langsing seperti orang lain, tetapi banyak faktor yang perlu kita ambil kira untuk sentiasa bertubuh kurus.

Definisi kurus bagi wanita ialah badan yang menawan, tiada perut buncit, tiada lemak menggelebeh sana sini dan yang penting saiz baju paling kecil, jika boleh. Tetapi anda mesti ingat bahawa, kurus tidak semestinya sihat. Nampak kurus tetapi pelbagai penyakit ada pada anda. Bagi mengelakkan ini terjadi, apa kata belajar jadi kurus secara sihat.

Anda boleh menilai status berat badan anda dengan pengiraan Indeks Jisim Tubuh (BMI). Indeks Jisim Tubuh dapat menentukan berat badan anda normal atau sebaliknya.  Sentiasa menambah pengetahuan  apa itu berat badan normal, berat badan berkurangan dan berat badan berlebihan.

Oleh yang demikian, anda hendaklah menjaga berat badan supaya sentiasa berada dalam berat normal dengan cara yang sihat dan selamat. Banyak cara yang kita boleh ikuti sebagai panduan untuk sentiasa kelihatan kurus dan  sihat.

Antaranya ialah merancang  menu makanan yang anda hendak makan setiap hari. Menu tersebut perlulah mengikut  jenis makanan yang disyorkan dalam Piramid Makanan Malaysia. Anda perlu mengurangkan makanan berminyak dan mesti lebihkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan.  

Anda mestilah sentiasa kekal cergas setiap hari, dimana  memerlukan melakukan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh. Contohnya melakukan senaman ringan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari atau melakukan kerja rumah yang boleh mengeluarkan peluh.

Waktu tidur juga memainkan peranan, untuk kita mengekalkan berat badan yang kita inginkan. Tidur awal dan cukup lapan jam mampu mengawal selera makan anda yang sentiasa ingin dipenuhi. 

Oleh yang demikian, definisi kurus pada pandangan wanita tidak semudah yang disangkakan. Walaupun badan kurus, kesihatan juga mesti diutamakan.

Advertisement
FB42