Home Kesihatan & Kecantikkan Kenapa Berat Badan Statik Semasa Berdiet? 

Kenapa Berat Badan Statik Semasa Berdiet? 

Advertisement
FB42

Anda sedang berdiet? pastinya anda yang berdiet pernah mengalami berat badan statik atau dikenali sebagai plateau. Pada awalnya, anda tentu bergembira kerana berjaya berkilo-kilo turunkan berat badan. Tetapi sampai pada satu tahap, berat anda semakin lama semakin menjadi statik. 

Kenapa berat badan menjadi statik walaupun anda amalkan diet?

  Segala aturan diet telah anda amalkan secara konsisten. Kalori bagi setiap pengambilan makanan anda ikut, pengambilan gula putih telah dikurangkan dan bermacam-macam lagilah yang telah anda lakukan untuk turunkan berat badan. Tetapi, kenapa berat semakin statik dan tidak mengalami penurunan? Di mana silapnya? Bagaimana hendak mencapai berat badan yang ideal jika berat semakin statik? Apa yang perlu anda lakukan? 

Kenapa Berat Badan  Tidak Turun? 

Antara kemungkinan yang menyebabkan berat badan gagal turun dan menjadi statik. Punca berat badan statik : 

#1 Badan anda sudah kebal dengan diet yang di amalkan.

#2 Tidur tidak mencukupi. 

#3 Stress kerana terlalu risau kan angka di alat penimbang tidak turun.

#4 Berat badan yang turun merupakan dari kandungan air, gula dan garam yang ada di dalam badan tetapi berat lemak masih berada di dalam badan. 

#5 Karbohidrat dalam badan yang berlebihan. 

Cara Mengatasi Berat Badan Statik Semasa Berdiet

Panduan bagaimana mengatasi berat badan statik walaupun anda berdiet?

#1 Jangan berputus asa. Pastikan anda meneruskan amalan berdiet dan jangan berhenti diet, di khuatiri  berisiko berat naik mendadak. 

#2 Ubah cara anda berdiet. 

#3 Pastikan anda cukup tidur. Tidur yang cukup juga mempengaruhi penurunan berat badan. 

#4 Detox badan anda untuk membuang toksin dan lemak yang berlebihan dalam badan. 

#5 Kira semula had kalori sehari yang diperlukan oleh badan anda. 

#6 Semak label produk yang anda makan atau gunakan semasa masak. Pastikan produk yang digunakan kurang gula, garam dan rendah kalori. 

Semoga permasalahan berat badan statik semasa berdiet dapat diatasi dengan artikel ini. 

Advertisement
FB42

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here