Home Kesihatan & Kecantikkan Tidur Yang Cukup Bantu Kurus Dengan Cepat

Tidur Yang Cukup Bantu Kurus Dengan Cepat

Advertisement
FB42

Tidur ialah keadaan rehat semulajadi yang dialami seluruh dunia fauna. Tidur diamalkan oleh semua mamalia dan burung serta turut diperhatikan pada kebanyakan reptilia, amfibia dan ikan. Akan tetapi betul ke tidur yang cukup boleh bantu kita untuk kurus dengan cepat? 

Kebanyakan pakar bersetuju bahawa, mendapat tidur yang mencukupi adalah penting untuk kesihatan tubuh dan berat badan yang ideal sepertimana pentingnya diet dan senaman. Tidur yang berkurangan akan menyebabkan otak membuat keputusan yang tidak baik.  

Kajian mendapati bahawa, mereka yang tidak tidur diwaktu malam selera makan mereka pada waktu itu akan meningkat. Ada kemungkinan mereka akan memilih makanan berkarbohidrat tinggi untuk mengatasi selera makan mereka. Bila ini berlaku, berat badan mungkin akan mengalami peningkatan secara mendadak kerana selera makan yang tidak di kawal.

Tidur juga boleh diibaratkan sebagai nutrisi untuk otak. Ini kerana orang dewasa memerlukan 7 hingga 9 jam masa tidur setiap malam. Jika kita kurang tidur dari masa yang ditetap kemungkinan besar perut kita memaksa untuk mengisi perut kita yang lapar.

Bagi mengatasi masalah tidur lewat ini, apa kata ikuti beberapa tips untuk mendapatkan tidur yang mencukupi dan lena sepanjang malam.

  1. Tutup telefon bimbit, komputer dan televisyen sekurang-kurangnya 1 jam sebelum tidur.
  2. Jadikan bilik tidur hanya untuk tidur bukan untuk perkara-perkara lain. Tenangkan fikiran dan rehatkan minda dari sebarang bentuk hiburan atau hal-hal berkaitan dengan kerja.
  3. Tetapkan masa tidur setiap malam. Contohnya tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari.
  4. Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.  Ini bagi mengelakkan kita pedih ulu hati dan sukar untuk tidur.
  5. Tutup lampu dan tidur dalam kegelapan.

Sesungguhnya tidur yang mencukupi memang penting untuk kita kurus dan mendapat berat badan yang ideal. Jagalah waktu tidur kita, ia bukan sahaja untuk kurus malahan untuk kesihatan mental dan fizikal sepanjang usia kita. 

Advertisement
FB42